SUMBER CERITA
Jika dilihat dari sudut riwayat pula, cerita-cerita berkenaan peristiwa
Buku-buku tersebut penuh dengan gambaran-gambaran yang berlebih-lebihan dan benar-benar mencerminkan method ahli cerita. Banyak pula cerita-cerita itu hasil rekaannya sendiri. Kumpulan tulisan Abi Mikhnaf inilah yang menjadi sumber rujukan utama at Thabari dalam tarikhnya yang terkenal dengan ”Tarikhu Al Uman Wa Al Muluk” atau ”Tarikh Thabari“. Di dalam kitabnya itu Thabari seringkali mengulangi kata-kata “Qaala Abu Mikhnaf” yakni ”Berkata Abu Mikhnaf“.
Ahli-ahli sejarah yang datang kemudian pula bersandar terus kepada Thabari dan dengan itu cereka-cereka Abu Mikhnaf ini semakin mendapat tempat di dalam sejarah.
Ketika peristiwa
Sekarang marilah pula kita melihat kedudukan Abu Mikhnaf ini pada pandangan tokoh-tokoh Ilmu Rijal kerana dengan bercerminkan Ilmu Rijal kita dapat melihat rupa paras sebenar pewarta sesuatu cerita. Mukanya akan kelihatan kepada kita melalui cermin ini, sama ada cantik atau hodoh. Imam Zahabi dalam ”Mizan Al I’tidal” menulis tentang Abu Mikhnaf ini katanya, ” Tidak boleh dipercayai “. Abu Halim dan lain-lain ulama jarh dan ta’dil telah meninggalkannya (tidak menerima riwayatnya). Daaraqutni berkata, “Dia seorang yang lemah”. Ibnu Ma’in berkata : “Dia seorang yang tidak boleh dipercayai”. Murrah berkata, “Dia seorang yang tidak bernilai“, dan Ibu Adiy berkata : “Dia adalah seorang Syiah yang hangus, ahli mereka cerita“.
Imam As Suyuti di dalam Al Laaliu Al Masnuu’ah menghukum Abu Mikhnaf dan seorang lagi ahli cerita sepertinya iaitu Al Kalbi dengan berkata : ”Lut (Abu Mikhnaf) dan Al Kalbi adalah dua orang pendusta besar”. Pengarang ”Taajul Arus” pula memperkenalkan Abu Mikhnaf dengan mengatakan : ” ia adalah seorang ahli cerita Syiah, rosak dan ditinggalkan riwayatnya“. Berkenaan dengan Muhammad As Saaib Al Kalbi pula Ibnu Hibban berkata : ”Kalbi adalah seorang Saba’i (orang yang mengikut jejak langkah Abdullah bin Saba’ dan pengikutnya)”. Dia adalah dari kalangan orang-orang yang berfahaman bahawa Ali tidak mati bahkan dia akan datang ke dunia ini dan akan memenuhinya dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi dunia ini sebelum itu dengan kezaliman. Ibnu Ma’in berkata : ”Kalbi ini seorang yang tidak boleh dipercayai”. Jazajani dan lain-lain berkata : ”Dia adalah seorang pendusta besar”. Daaraqutni dan sekumpulan besar ulama menghukum dia sebagai “matruk” (orang yang tidak diterima pewartaannya). Imam A’masy pula berkata : ”Waspadalah daripada saba’i ini kerana saya mendapati ramai ulama menyenaraikannya dalam golongan pendusta“.
Begitu juga kedudukan anaknya Hisyam. Dia adalah seorang yang tidak diterima periwayatannya oleh ulama Rijal, bahkan mereka telah menghukumnya sebagai pendusta besar. Ringkasnya beginilah kedudukan dan latar belakang pewarta-pewarta kisah Karbala. Jadi bagaimanakah akan diterima cerita orang-orang yang seperti ini?
Labels: Turunan


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home